MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN
MENYEMARAKKAN MASA HADAPAN
TVET merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf. Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kompetensi. Progresif.โจVisi.
Sertai ADTEC JTM Kampus Sandakan dan transformasikan minat anda kepada kepakaran teknikal bertaraf dunia melalui ekosistem pembelajaran yang inovatif. Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan, Masa Hadapan.

Rasai Pengalaman Belajar Dalam Bidang TVET
Yuran? Penginapan? Makan dan Minum? Tempat riadah?, Semuanya ditanggung oleh kerajaan, anda hanya perlu daftar dan belajar!
Yuran Pengajian
PERCUMA sepanjang tempoh pengajian: Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kemudahan Asrama
PERCUMA dengan kemudahan lengkap (2 Pelajar, 1 Bilik) & kemudahan internet
Makan Minum
PERCUMA tiga (3) kali sehari (Sarapan / Makan Tengahari / Makan Malam)
Kemudahan Latihan
Kemudahan selesa dan peralatan pembelajaran lengkap
Pengiktirafan
Mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya luas melebihi 90% kebolehkerjaan
Kursus Yang Ditawarkan
ADTEC JTM Kampus Sandakan menawarkan kursus-kursus yang berimpak besar. Ia direka khas berteraskan silabus TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) aras tinggi, setiap kursus menggabungkan 60% latihan amali (praktikal) dan 40% teori menggunakan fasiliti berteknologi moden.
Berita Semasa & Kejayaan
Sorotan rasmi yang perkembangan terkini, aktiviti kampus, dan pencapaian cemerlang warga ADTEC JTM Kampus Sandakan, mendokumentasikan memori dan kejayaan warga kampus dalam memartabatkan bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) di peringkat Wilayah Sabah mahupun kebangsaan.

๐๐๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐จ๐ก๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐ฅ๐ข๐ก ๐ง๐ฉ๐๐ง
7 Jun 2026 | Ahad โ Pasukan dron ADTEC JTM Kampus Sandakan sekali lagi membuktikan keupayaan dan kompetensi mereka di pentas nasional apabila berjaya meraih pencapaian membanggakan sempena Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya.

๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐ง๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ง๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
22 Mei 2026 | Jumaat โ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah mencatat penyertaan sulung yang membanggakan dalam Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2026 yang berlangsung di ILTP Papar melibatkan penyertaan institusi TVET seluruh Sabah bermula daru 18 - 22 Mei 2026.
Kontinjen ADTEC Sandakan diwakili oleh seramai 18 orang staf dan 56 orang pelajar yang menyertai beberapa acara sukan utama sepanjang kejohanan berlangsung. Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat dan potensi atlet TVET, malah turut memperkukuh semangat kesukanan, daya saing serta hubungan silaturrahim antara institusi TVET di Sabah.

YBTM JEJAK ADTEC SANDAKAN
24 Januari 2026 | Sabtu โ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menerima lawatan kerja YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBTM Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang merangkumi sesi mesyuarat dan perbincangan strategik berkaitan potensi kerjasama antara pihak kementerian dan ADTEC Sandakan.
Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi khususnya dalam pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran belia setempat, selari dengan agenda pemerkasaan TVET sebagai pemacu sosioekonomi komuniti Sandakan.
Reputasi dan Pentaulihan
Pihak industri yakin dengan reputasi graduan kami kerana setiap kursus di ADTEC JTM telah menerima pentauliahan rasmi yang memenuhi piawaian tenaga kerja moden.
33
Kampus yang bertauliah di seluruh negara
20
Tahun dalam industri penyedia TVET dalam negara
20,000+
Lepasan pelajar yang tamat dengan baik
69+
Tenaga pengajar mahir, terlatih dan bertauliah
Tentang kami

ADTEC JTM Kampus Sandakan merupakan salah satu institusi/kolej TVET awam yang penting bagi Wilayah Sabah, khususnya di Pantai Timur Sabah.
Hubungi Kami
Kolej Teknologi Termaju (ADTEC)
Jabatan Tenaga Manusia,
Kampus Sandakan,
Batu 5 jalan Sibuga,
90000 Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-240500
E-mel : ilpsdk@jtm.gov.my
Website : adtecsandakan.gov.my

adtecsandakan.gov.my
ยฉ 2026 adtec jtm kampus sandakan












