MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN

MENYEMARAKKAN MASA HADAPAN

TVET merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf. Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Image

Kursus Sepenuh Masa

Image

Kursus Separuh Masa

Image

Iklan Tender & Sebutharga

Berita Semasa & Kejayaan

Sorotan rasmi dan perkembangan terkini, aktiviti kampus, serta pencapaian cemerlang warga ADTEC JTM Kampus Sandakan

Image

YBTM JEJAK ADTEC SANDAKAN

24 Januari 2026 | Sabtu – ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menerima lawatan kerja YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBTM Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang merangkumi sesi mesyuarat dan perbincangan strategik berkaitan potensi kerjasama antara pihak kementerian dan ADTEC Sandakan.

Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi khususnya dalam pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran belia setempat, selari dengan agenda pemerkasaan TVET sebagai pemacu sosioekonomi komuniti Sandakan.

Image

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗞𝗦𝗜𝗧𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

22 Mei 2026 | Jumaat – ADTEC JTM Kampus Sandakan telah mencatat penyertaan sulung yang membanggakan dalam Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2026 yang berlangsung di ILTP Papar melibatkan penyertaan institusi TVET seluruh Sabah bermula daru 18 - 22 Mei 2026.

Kontinjen ADTEC Sandakan diwakili oleh seramai 18 orang staf dan 56 orang pelajar yang menyertai beberapa acara sukan utama sepanjang kejohanan berlangsung. Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat dan potensi atlet TVET, malah turut memperkukuh semangat kesukanan, daya saing serta hubungan silaturrahim antara institusi TVET di Sabah.

Image

𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗥𝗘𝗡𝗔 𝗗𝗥𝗢𝗡 𝗧𝗩𝗘𝗧

7 Jun 2026 | Ahad – Pasukan dron ADTEC JTM Kampus Sandakan sekali lagi membuktikan keupayaan dan kompetensi mereka di pentas nasional apabila berjaya meraih pencapaian membanggakan sempena Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya.

Image

MINGGU PERPERIKSAAN TEORI DI KAMPUS SANDAKAN

8 Jun 2026 | Isnin - 𝘚𝘦𝘬𝘪𝘵𝘢𝘳 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘱𝘦𝘱𝘦𝘳𝘪𝘬𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘰𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘒𝘢𝘮𝘱𝘶𝘴 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘣𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 7 𝘣𝘪𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘮𝘢𝘩𝘪𝘳𝘢𝘯

"𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙎𝙠𝙞𝙡𝙡𝙨, 𝙄𝙜𝙣𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙁𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚𝙨"

"𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙨𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣, 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙚𝙢𝙖𝙧𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣"

Image

𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗗𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗪𝗦𝗠𝗕 𝗗𝗥𝗢𝗡𝗘 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲

9 Jun 2026 | Selasa - Hari pertama WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Drone Final 2026 di CIAST Shah Alam menyaksikan peserta ADTEC JTM Kampus Sandakan memulakan cabaran pertama iaitu Soldering Task.

Visi & Misi. Kompetensi. Progresif.

Sertai kami di ADTEC JTM Kampus Sandakan dan transformasikan minat anda kepada kepakaran teknikal bertaraf dunia melalui ekosistem pembelajaran yang inovatif. Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan, Masa Hadapan.

Image

Kemudahan Kampus

Yuran? Penginapan? Makan dan Minum? Tempat riadah?, Semuanya ditanggung oleh kerajaan, anda hanya perlu daftar dan belajar!

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian

PERCUMA sepanjang tempoh pengajian: Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Kemudahan Asrama

Kemudahan Asrama

PERCUMA dengan kemudahan lengkap (2 Pelajar, 1 Bilik) & kemudahan internet

Makan Minum

Makan Minum

PERCUMA tiga (3) kali sehari (Sarapan / Makan Tengahari / Makan Malam)

Kemudahan Latihan

Kemudahan Latihan

Kemudahan selesa dan peralatan pembelajaran lengkap

Pengiktirafan

Pengiktirafan

Mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya luas melebihi 90% kebolehkerjaan

teknologi KOMPUTER RANGKAIAN   teknologi KIMPALAN   teknologi TELEKOMUNIKASI   teknologi AUTOMOTIF   teknologi FABRIKASI STRUKTUR LOGAM   teknologi PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA   teknologi ELEKTRIK   teknologi KOMPUTER RANGKAIAN   teknologi KIMPALAN   teknologi TELEKOMUNIKASI   teknologi AUTOMOTIF   teknologi FABRIKASI STRUKTUR LOGAM   teknologi PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA   teknologi ELEKTRIK  

Program Kemahiran Yang Ditawarkan

ADTEC JTM Kampus Sandakan menawarkan program/kursus yang berimpak besar. Ia direka khas berteraskan silabus TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) aras tinggi, setiap kursus menggabungkan 60% latihan amali (praktikal) dan 40% teori menggunakan fasiliti berteknologi moden.

...Melalui kolaborasi erat bersama pihak industri, kursus-kursus ini memastikan setiap graduan dilengkapi dengan kemahiran kalis masa hadapan (future-proof skills) bagi memenuhi permintaan pasaran kerja global.

Reputasi dan Pentaulihan

Pihak industri yakin dengan reputasi graduan kami kerana setiap kursus di ADTEC JTM telah menerima pentauliahan rasmi yang memenuhi piawaian tenaga kerja moden.

33

Kampus yang bertauliah di seluruh negara

20

Tahun dalam industri penyedia TVET dalam negara

20,000+

Lepasan pelajar yang tamat dengan baik

69+

Tenaga pengajar mahir, terlatih dan bertauliah

Kenapa ramai belia memilih ADTEC Sandakan?

Tentang kami

Image

ADTEC JTM Kampus Sandakan merupakan salah satu institusi/kolej TVET awam yang penting bagi Wilayah Sabah, khususnya di Pantai Timur Sabah.

Hubungi Kami

Kolej Teknologi Termaju (ADTEC)

Jabatan Tenaga Manusia,

Kampus Sandakan,

Batu 5 jalan Sibuga,

90000 Sandakan,

Sabah.

Tel : 089-240500

E-mel : ilpsdk@jtm.gov.my

Website : adtecsandakan.gov.my

Image

adtecsandakan.gov.my

© 2026 adtec jtm kampus sandakan