UNIT PENTADBIRAN

ADTEC JTM SANDAKAN

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan di ADTEC Sandakan merupakan tulang belakang kepada pengurusan domestik dan operasi harian institut. Unit ini bertanggungjawab memastikan segala urusan logistik, sumber manusia, kewangan, dan fasiliti berjalan lancar bagi menyokong aktiviti latihan TVET.

Sebagai penjawat awam, kita adalah tulang belakang negara. Walau apa pun cabaran dan perubahan yang berlaku, prinsip kita kekal sama iaitu berkhidmat dengan penuh setia, profesional, dan berorientasikan berpaksikan rakyat.

Image

Staf Unit Pentadbiran

Kenali staf kami yang berdedikasi

Image

Enceng
binti Saleng Jaga

Penolong Pegawai Tadbir

N5
Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan

Image

Japri
bin Patomdang

Pembantu Tadbir

PTPO N2

Image

Rusyeini @ Wendy
binti Payah

Pembantu Tadbir

PTPO N2 (TBK1)

Image

Norhadzla
binti Abd halim

Pembantu Tadbir

PTPO N2 (TBK1)

Image

Ismail
bin Muin

Pembantu Khidmat Am

H1

Skop Tugas Pentadbiran

Fungsi dan skop tugas Unit Pentadbiran ADTEC Kampus Sandakan merangkumi aspek-aspek berikut :

Pengurusan Kewangan & Akaun

Penyediaan Bajet: Mengurus dan menyusun anggaran belanja mengurus (ABM) tahunan bagi pengoperasian kampus.

Tuntutan & Bayaran: Memproses tuntutan perjalanan kakitangan, bayaran invois pembekal, serta tuntutan elaun-elaun pelajar (sekiranya berkaitan).

Terimaan Hasil: Menguruskan kutipan yuran pengajian (jika ada), sewaan fasiliti kampus, atau hasil-hasil lain yang dibenarkan.

Pengurusan Aset, Stor & Perolehan

Perolehan Kerajaan: Menguruskan proses pembelian peralatan latihan, perabot, dan bahan habis guna melalui sistem e-Perolehan (sebut harga/tender/pembelian terus).

Kawalan Stok & Stor: Merekod, menyimpan, dan mengemas kini inventori barang-barang stor pusat bagi mengelakkan pembaziran atau gangguan bekalan latihan.

Pengurusan Aset Harta Modal: Mendaftar dan melabel setiap aset kerajaan serta menguruskan proses pelupusan aset yang telah rosak atau usang.

Pengurusan Fasiliti, Domestik & Keselamatan

Penyelenggaraan Bangunan: Memastikan bangunan pejabat, bangunan bengkel latihan, kuarters kakitangan, dan kemudahan asrama pelajar sentiasa dalam keadaan kondusif dan selamat.

Kawalan Keselamatan & Kebersihan: Menyelia syarikat kontraktor swasta yang dilantik bagi perkhidmatan kawalan keselamatan (pak pengawal) dan pembersihan kawasan kampus.

Kenderaan Jabatan: Menguruskan jadual pergerakan, penyelenggaraan, dan kad inden minyak bagi kenderaan rasmi institut (seperti bas, van, dan kenderaan utiliti).

Image
Image
Image
Image
Image