UNIT PERKHIDMATAN
ADTEC JTM SANDAKAN
Unit Perkhidmatan di ADTEC Sandakan merupakan tulang belakang kepada pengurusan domestik dan operasi harian institut. Unit ini bertanggungjawab memastikan segala urusan surat-menyurat rasmi, sumber manusia, perkhidmatan kaunter pertanyaan dan fasiliti berjalan lancar bagi menyokong aktiviti latihan TVET.
"Perkara-perkara hebat dalam perniagaan/perkhidmatan tidak pernah dilakukan oleh seorang individu sahaja; ia dilakukan oleh sekumpulan tenaga kerja."

Staf Unit Perkhidmatan
Kenali staf kami yang berdedikasi

Rohana
binti Ahmad
PTPO N2 (TBK1)

Roha
binti Awang Latif
PTPO N2 (TBK1)

Noraini
binti Sukri
PTPO N2 (TBK1)

Sakinah
binti Pitungut
PTPO N1

Muhamaad Alinafiah
bin Sabril
H1
Skop Tugas Perkhidmatan
Fungsi dan skop tugas Unit Perkhidmatan ADTEC Kampus Sandakan merangkumi aspek-aspek berikut:
Urusan Perjawatan
Mengendalikan urusan pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, dan persaraan bagi semua kakitangan (pegawai latihan/pengajar dan staf sokongan).
Cuti & Kehadiran
Menguruskan rekod cuti rehat, cuti sakit, dan pemantauan kehadiran bulanan kakitangan.
Latihan Staf
Merancang dan menguruskan program peningkatan profesionalisme serta kursus induksi untuk kakitangan akademik dan bukan akademik.
Sistem Fail & Dokumentasi
Menguruskan surat-menyurat rasmi masuk dan keluar, pengkelasan fail sulit/terbuka, serta arkib dokumen.
Khidmat Pelanggan
Menyediakan perkhidmatan kaunter pertanyaan utama untuk pelawat, ibu bapa, dan urusan rasmi pihak luar yang berurusan dengan ADTEC Sandakan.




