KURSUS SEPENUH MASA
TEKNOLOGI KIMPALAN
Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya.
Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya.
Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.
Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.
"Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan."

Syarat Kemasukan
Tamat Tingkatan 5;
Warganegara Malaysia ;
Berumur di antara 17 -35 tahun;
Syarat Fizikal
Boleh Membaca, Menulis dan Mengira;
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Tempoh Latihan
1 Tahun 3 Bulan;
dan 3 bulan latihan industri
Persijilan
Sijil Teknologi Perindustrian (STP)
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
PW4**
AO**
Tenaga Pengajar
Kenali tenaga pengajar kami yang berdedikasi

Norashsikin
binti Mohd Arsad
DV10
Tenaga Pengajar
Ketua Bahagian
norashsikin@jtm.gov.my

Jamludin
bin Assat
DV7
Tenaga Pengajar
jamludin@jtm.gov.my

Tc. Johannes Belili
DV5
Tenaga Pengajar
johannes@jtm.gov.my

-Kosong-
Tenaga Pengajar

-Kosong-
Tenaga Pengajar

-Kosong-
Tenaga Pengajar
Sertai kami!
Memperkasakan Bakat Teknikal bagi Memacu Revolusi Industri. Di ADTEC Sandakan, kami menterjemahkan slogan "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan" kepada latihan praktikal yang menjamin kebolehpasaran tinggi di pasaran global.
