KURSUS SEPENUH MASA
TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM
(MINYAK & GAS)
Kursus ini melatih pelajar untuk mereka bentuk, memasang dan membaik pulih struktur serta komponen logam melalui teknik pengimpalan, pemotongan, pelipatan dan penggulungan.
Kursus Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas)
Kursus Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) yang ditawarkan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan proses membuat, merekabentuk, memasang dan membaiki struktur logam dengan cara mengimpal, merivet, memasang bolt & nut, memotong dengan pelbagai cara, melipat, menggulung dan lain-lain cara mengikut piawaian industri masa kini.
Pelajar juga diajar memahami, mentafsir dan merancang projek, seterusnya membuat lukisan pembentangan berdasarkan lukisan kejuruteraan. Pelajar kursus ini juga diajar teknik-teknik mengimpal dari asas hingga kedudukan 3F dan 3G.
Lepasan pelajar kursus ini berkemampuan memasang struktur logam kerangka bangunan, boiler, tangka air atau minyak, tangki bertekanan tinggi (Pressure Vessel), Kerangka kenderaan berat dan lain-lain peralatan berasaskan logam.
Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan di syarikat-syarikat pembinaan dan industri berat seperti loji minyak dan gas, perkapalan dan automotif.
Syarat Kemasukan
Tamat Tingkatan 5;
Warganegara Malaysia ;
Berumur di antara 17 -35 tahun;
Syarat Fizikal
Boleh Membaca, Menulis dan Mengira;
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Tempoh Latihan
1 Tahun 3 Bulan;
dan 3 bulan latihan industri
Persijilan
Sijil Teknologi Perindustrian (STP)
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
PW4**
AO**
Tenaga Pengajar
Kenali tenaga pengajar kami yang berdedikasi

Asriyani
binti Seraila
Tenaga Pengajar
Ketua Bahagian

Azwie
bin Jafri
Tenaga Pengajar
azwie@jtm.gov.my
Lynn Noell
Ending
Tenaga Pengajar
lynnnoell@jtm.gov.my
Mohd Shamin Aizat
bin Ahmad
Tenaga Pengajar
shamin_kgr@jtm.gov.my
-Kosong-
Tenaga Pengajar

-Kosong-
Tenaga Pengajar
Sertai kami!
Memperkasakan Bakat Teknikal bagi Memacu Revolusi Industri. Di ADTEC Sandakan, kami menterjemahkan slogan "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan" kepada latihan praktikal yang menjamin kebolehpasaran tinggi di pasaran global.
